Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) Tahun 2020


Bagi anda yang kehilangan pekerjaan bermula 1 Januari 2018, anda boleh membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) atau dikenali juga sebagai Employee Insurance System (EIS).
SIP menyediakan program penempatan pekerjaan semula dan faedah tunai interim.
Melalui program ini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).
Semua warganegara Malaysia yang mencarum dengan PERKESO layak memohon SIP kecuali mereka yang hilang pekerjaan akibat salah laku(misconduct), perletakan jawatan sukarela, tamat kontrak atau bersara.

SISTEM INSURANS PEKERJAAN PERKESO

Pelaksanaan SIP bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapat bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.
SIP terdiri daripada dua komponen utama iaitu insurans pekerjaan (Employment Insurance) dan Active Labour Market Policies (ALMPs).
  • Komponen pertama: pekerja yang terjejas akan diberikan bantuan kewangan sementara untuk menyokong diri dan keluarga mereka semasa mencari pekerjaan baharu. Mereka juga akan diberikan bantuan kewangan tambahan jika mereka menjalani program latihan yang diakreditasi untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.
  • Komponen kedua: sebagai tambahan kepada bantuan kewangan, pekerja yang terjejas akan disokong dengan program perkhidmatan pekerjaan semula untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan secepat mungkin yang baharu dan sesuai. Ini termasuk bantuan kaunseling kerjaya, carian dan padanan pekerjaan serta latihan.
Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan hanya boleh dilakukan sekali, dengan tuntutan maksima sebanyak tiga kali dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018.
Antara faedah SIP termasuklah:
  • Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian
  • Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula (EMP)
  • Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera (EBSA)
  • Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan (EPB)
  • Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan (EL)
  • Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar (FL)
Untuk membolehkan anda membuat tuntutan SIP, anda dan bekas majikan perlu mencarum sebanyak RM1.90 sekiranya berpendapatan RM1,000 sebulan atau RM7.90 bagi gaji melebihi RM5,000 ke atas.
Faedah juga bergantung kepada syarat kelayakan caruman minima sebanyak 12 bulan atau maksima 24 bulan bagi setiap tuntutan.
Bantuan kewangan akan diberi selama 6 bulan maksimum, dan berjumlah RM10,800 maksimum.

APAKAH ELAUN MENCARI PEKERJAAN (EMP)?

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) akan dibayar kepada penganggur dalam masa pencarian kerja untuk tempoh 3 hingga 6 bulan.
Jumlah EMP bergantung kepada peratusan kadar bulanan menurun 80%, 50%, 40%, 40%, 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).
Dalam masa yang sama, penerima faedah EMP hendaklah mendaftar diri sebagai pencari kerja dan mengikuti program penempatan semula pekerjaan secara aktif.
Sewaktu menerima EMP, seseorang penerima faedah juga layak menerima EBSA dan EL mengikut syarat kelayakan.
Sewaktu menerima EMP, seseorang penerima faedah juga layak menerima EBSA dan EL mengikut syarat kelayakan.

APAKAH ELAUN BEKERJA SEMULA AWAL (EBSA)?

  1. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) akan menggalakkan orang yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan baru dalam tempoh yang singkat. Tanpa faedah ini, mereka yang menganggur tiada inisiatif untuk mencari kerja dengan segera sebaliknya ingin menghabiskan waktu menganggur mereka dan menikmati bayaran EMP sehingga 6 bulan.
  2. Pekerja yang telah kembali bekerja semula biasanya akan menerima gaji pada akhir bulan pertama, dengan itu EBSA merupakan bantuan kewangan sementara sehingga dia menerima gaji bagi bulan tersebut.
  3. EBSA menggalakkan penganggur kembali bekerja secepat mungkin yang secara tidak langsung akan menjimatkan dana dan menggalakkan penganggur lebih produktif serta mengelakkan pengangguran jangka panjang (lebih daripada 6 bulan).

APAKAH ELAUN LATIHAN (EL)?

  1. Elaun Latihan (EL) akan di bayar kepada pekerja berdasarkan permohonan dan keperluan beliau. EL merupakan 25% daripada gaji yang diinsurankan (GYD). Ianya dibayar secara bulanan dengan kadar minimum RM10 dan maksimum RM20 sehari mengikut bilangan hari latihan yang dihadiri.
  2. Modul dan jenis latihan adalah mengikut pasaran kerja yang ditentukan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau agensi-agensi lain. Pada masa hadapan, latihan keusahawanan juga mungkin menjadi sebahagian daripada latihan vokasional jika ia membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan.

BAGAIMANA FI LATIHAN (FL) DIBAYAR?

  1. Fi Latihan (TF) akan dibayar terus kepada penyedia latihan berdasarkan kehadiran OB ke program latihan yang telah dijalankan. Penyedia latihan mestilah berdaftar dengan PERKESO sebagai penyedia latihan yang ditauliahkan untuk memberi latihan kepada OB. Standard dan kualiti penyedia latihan akan dipantau dengan teliti oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sementara itu, modul dan jenis kursus latihan akan ditentukan oleh Kementerian dan mestilah sejajar dengan program pasaran buruh yang aktif.
  2. Pada masa hadapan, latihan keusahawanan juga mungkin menjadi sebahagian daripada latihan vokasional jika ia membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan.

APAKAH ELAUN PENDAPATAN BERKURANG (EPB)

  1. Elaun Pendapatan Berkurang(EPB) akan dibayar secara sekaligus (lump sum) kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan bagi majikan yang telah menamatkan pekerjaannya tetapi masih bekerja dengan majikan yang lain, memandangkan sumber pendapatannya telah berkurangan.
  2. Kaedah pengiraan EPB adalah sama seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) iaitu dengan peratusan faedah menurun 80%, 50%, 40%, 40% 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).

BAGAIMANA MEMOHON SIP PERKESO?

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO boleh dibuat atas talian (on-line) dengan mengisi serta melampirkan borang dan perintah/ surat pengesahan termasuk mendaftar diri sebagai pencari kerja.
Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak kelayakan berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman.
Kemudian, permohonan tersebut akan disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku.
Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucer dan pemidahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

KADAR CARUMAN EIS

Kadar caruman bagi SIP adalah campuran 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.
Contohnya, jika gaji pekerja berjumlah RM3,000 maka SIP bernilai:
0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer pekerja)
0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer majikan)
Jumlah = RM12.20
Nota: Jumlah wang yang ditolak daripada gaji hanyalah RM6.10 daripada syer pekerja sahaja.
Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
Bagi pekerja yang melanggar peraturan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO dan didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda maksimum RM10,000.
Untuk tatacara pembayaran sila lihat video berikut:

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi SIP di https://www.perkeso.gov.my/sip/

Catat Ulasan

0 Ulasan