Cara Semak & Topup Pelaburan ASB Online Melalui MyASNB


Amanah Saham Nasional Berhad melalui portal rasmi mereka mengumumkan mulai 28 Jun, ASNB akan melaksanakan urus niaga tanpa buku.
Berikut dikongsikan tutorial cara daftar dan semak ASB online melalui portal rasmi MyASNB.
Turut dikongsikan bagaimana anda boleh topup / tambah pelaburan ASB anda secara online.
Sebelum itu, pastikan anda baca juga pengumuman rasmi Dividen ASB 2017 sebanyak 8.25 sen sesaham.

CARA SEMAK ASB ONLINE


Untuk semakan ASB secara online, anda perlu daftar di portal MyASNB terlebih dahulu. Sebelum daftar, pastikan segala maklumat peribadi anda tepat.
Untuk kesahihan, anda perlu kemaskini maklumat peribadi melalui kaunter-kaunter ASNB sama ada di cawangan ASNB seluruh negara atau di ejen-ejen ASNB seperi Pos Malaysia, Maybank, CIMB, RHB dan banyak lagi.
Langkah-langkah pendaftaran MyASNB:
  1. Pastikan nombor telefon anda dengan ASNB telah dikemaskini
  2. Mulakan pendaftaran MyASNB
  3. Mula melabur dan mengurus pelaburan anda
Portal MyASNB dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Tiada caj tambahan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun. yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, jika ada. Dengan adanya MyASNB ini, ianya memudahkan anda untuk:
  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  • Pelaburan tambahan
  • Kemaskini maklumat peribadi
Anda boleh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada: Dana harga tetap: Ahad-Jumaat (7 pagi – 7 petang). Dana harga berubah: Ahad-Jumaat (7 pagi – 4 petang) Nota : Tidak termasuk hari Sabtu and Cuti Umum.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh hubungi bantuan khidmat pelanggan 03-8026 8101 atau emel ke asnbcare@pnb.com.my
ASB merupakan tabung unit amanah terbesar negara dan kini mempunyai lebih sembilan juta pelabur yang melanggan kira-kira RM143 bilion unit ASB.

CARA TOPUP / TAMBAH PELABURAN MYASNB


Untuk topup pelaburan anda, sila login ke MyASNB dan klik pada bahagian Portfolio.
Kemudian pada bahagian transaksi pilih Pelaburan Tambahan.


Had minima adalah RM100 manakala had maksima sehari RM30,000 sahaja.
Memandangkan prestasi ASB cukup baik sepanjang diperkenalkan, jadi inilah tabung terbaik yang anda boleh gunakan untuk simpan duit.
Lagi pun pelaburan ASB mudah dicairkan. Pulangan 6-7% setahun sudah cukup baik memandangkan ianya mendapat jaminan kerajaan dan risikonya sangat rendah.



PRESTASI PRODUK ASB



semak asb online

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016, ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.


PENGIRAAN DIVIDEN ASB 2019


[7.25% + 1.00%] Baca bagi faham. Rugi kalau tak ambil tahu.
TAHNIAH Diucapkan pada para Pelabur ASB especially pada yang menggunakan platform ASBF.
  • Dividen: 7.00 %
  • Bonus Dividen: 0.25 %
  • Bonus Ulang Tahun: 1.00 % (BARU)
  • TOTAL DIVIDEN (HASIL) = 8.25 %
CONTOH PENGIRAAN
Jika Ali ada ASBF 200K maka jumlah Dividen ASB 2017 beliau:
= ASBF x (Dividen + Bonus) × 12/12
= 200,000 × 7.25/100 × 12/12
= RM14,500
Bonus Ulang Tahun ASB
= 10,000 unit pertama (tunai/sijil asbf) x 1.00%
= 10,000 x 1/100 × 12/12
= RM100
Maka secara tak langsung, sejumlah RM14,600 akan dikredit kedalam Akaun ASB Ali.
= (Dividen + Bonus) + Bonus Ulang Tahun
= RM14,500 + RM100
= RM14,600
Ali boleh mengemaskini penyata Simpanan Unit Amanah beliau untuk akaun ASB melalui MyASNB yang dibuat melalui sistem atas talian. (Online)
Penafian:
Pengiraan diatas untuk menunjukkan kiraan setahun lengkap pelaburan dalam ASB
Pengiraan Dividen ASB adalah bersifat “Pro Rata Bulanan”. Maksudnya jika kalian baru invest 6 bulan setakat tahun 2017 ini, maka ayat Matematik [ 6/12 ] akan digunakan dan bukannya [ 12/12 ]
Pengiraan “Bonus Dividen” ASB tahun 2017 ini sudah ditukar formatnya, menjadikan pengiraannya seperti kiraan “Dividen” yang biasa. Suatu anjakan yang cukup hebat
Trend Dividen ASB
Trend menaik dah tiba masanya. Diharap dan didoakan agar dividen ASB kembali meroket selepas ini. Alhamdulillah. “Pelabur Bijak mulakan sekarang, agar Bijak Dahulu, Bijak Kini & Bijak selamanya..”
Diharapkan perkongsian cara semak ASB online ini dapat memudahkan anda untuk menguruskan pelaburan ASB anda pada masa akan datang.

Sumber : Semakanonlie.com