3 Program Perumahan Untuk Rakyat Sarawak Yang Berpendapatan RM 350.00 Hingga RM 6000.00 Sebulan.


PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) - DISEWA

Program Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN)
  • Dilaksanakan oleh JPN dan diuruskan oleh HDC bila siap
  • Objektif: Setinggan Sifar – Perumahan Sementara (Transit housing)
  • Sewa RM150 sebulan (termasuk kos penyelenggaraan)
  • Tempoh sewa enam tahun.


SYARAT - SYARAT KELAYAKAN BAGI PPR

  • Warganegara Malaysia bermastautin di Sarawak
  • Keutamaan bagi penghuni kawasan setinggan
  • Berpendapatan kasar (isi rumah) tidak melebihi RM3000 sebulan
  • Tidak mempunyai sebarang hartanah seperti disahkan oleh Jabatan Tanah dan Survei
  • Dibuka untuk pemohon yang telah berkahwin dan juga pemohon berstatus bujang berumur lebih 30 tahun

PROGRAM PINJAMAN RUMAH PANJANG (PPRP)

Pinjaman dalam bentuk bahan binaan diberikan untuk  pembinaan  dan pengubahsuaian  rumah  panjang dengan pinjaman maksimum RM50,000 sepintu.


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN RUMAH PANJANG

  • Rumah  panjang  tidak  kurang daripada 10 pintu
  • Status Tanah: Tidak dibina di tanah milik kerajaan
  • Pendapatan isi rumah tidak kurang daripada RM350.00
  • Digalakkan mengguna reka bentuk standard HDC

Rumah Spektra Permata (RSP)
Pelaksanaan Program Rumah Spektra Permata di Skim Pembesaran Kampung Jabatan Tanah & Survei. Diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada 15 Februari 2017 semasa perasmian tapak RUMAH SPEKTRA PERMATA di Skim Pembesaran Kampung Lundu.

maklumat lanju sila lawati website : https://hdc.sarawak.gov.my/modules/web/index.php