Borang Rayuan BPN Online - Muat Turun Sekarang


Bagi Permohonan yang gagal/tidak layak  dalam permohonan BPN dan anda betul-betul layak berdasarkan syarat yang dinyatakan, anda boleh membuat rayuan bermula 11 Mei sehingga  31 Mei 2020.
Terkini, Pihak LHDNM telah menyediakan BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN ONLINE bagi memudahkan pemohon membuat rayuan dan panduan dokumen yang diperlukan berdasarkan alasan anda gagal dalam proses permohonan BPN.
Untuk makluman anda semua, permohonan rayuan hanya boleh dilakukan dengan melengkapkan BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN dan menyediakan dokumen lampiran untuk dihantar melalui emel atau hadir ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) berdekatan pemohon. Anda boleh memilih salah satu daripada cara permohonan rayuan yang dinyatakan.
Berikut di bawah adalah BORANG PERMOHONAN BAHARU BPN dan BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN untuk di muat turun oleh pemohon sebelum membuat rayuan melalui emel atau hadir ke kaunter LHDN terdekat :



MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN
SENARAI DOKUMEN BPN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah alasan tidak lulus BPN dan dokumen lampiran yang perlu disediakan bersama permohonan baru atau rayuan BPN pemohon :





PERINGATAN  KEPADA PEMOHON RAYUAN BPN
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai tidak perlu tergesa-gesa ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membuat rayuan Bantuan Prihatin Nasional.
Beliau mengingatkan tempoh rayuan dibuka sehingga 31 Mei dan menasihatkan mereka kaunter LHDN juga mematuhi penjarakkan sosial 1 meter.

APA YANG PEMOHON PERLU LAKUKAN SEMASA DI KAUNTER LHDN
1.Sebelum masuk ke pejabat LHDN, orang awam akan disaring suhu terlebih dahulu sebelum dibenarkan menunggu di bawah khemah sementara dipanggil di kaunter berkaitan.
2.Kaunter tambahan dibuka di luar bangunan bagi melancarkan urusan pemohon.
3.Pemohon yang datang ke sana perlu melengkapkan borang rayuan berserta dokumen berkaitan bagi melancarkan urusan.

SITUASI DI KAUNTER LHDN
Tinjauan terhadap orang awam di sana memaklumkan, terdapat antara mereka ditolak permohonan BPN disebabkan masalah sistem.
Ramai yang datang ke kaunter hari ini untuk membawa dokumen berkaitan untuk menyelesaikan urusan di kaunter LHDN.