Semakan Online
“Kenapa 500 …” Ramai Merungut BPN Dapat Tak Cukup?
Kita sedia maklum kini,Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan lebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk BPN diluluskan berjumlah RM1.7 bilion.
Jumlah permohonan baharu dan rayuan BPN yang dibuka dari 1 hingga 30 April lalu bagi memastikan bantuan diterima oleh golongan yang sememangnya memerlukan.
Kenapa dapat 500 jer?
Namun, kecoh pula di media sosial apabila terdapat segelintir rakyat tidak berpuas hati dengan jumlah bantuan yang diterima, dan meminta pihak LHDN memeriksa semula permohonan mereka.
Bukan tak syukur, tapi…
Ada yang mendakwa berstatus bujang dan bergaji bawah RM 2,000 namun mereka hanya mendapat RM500 sahaja dan bukan RM800 seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Sepatutnya dapat 800 kan?
Bagaimana pun setakat ini belum ada lagi kenyataan daripada pihak LHDN berkenaan isu tersebut. Namun, ada juga dalam kalangan netizen meminta agar bersyukur sahajalah dengan jumlah yang kita terima.
Sumber : Facebook Bantuan Prihatin Nasional