Muat Turun Borang Kebenaran Rentas Negeri Di Sini


Berdasarkan makluman daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, Rakyat di Semenanjung boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri dan perlu dicetak dan diserahkan kepada balai berdekatan untuk kelulusan.
Kaedah ini untuk mereka yang tiada akses aplikasi ‘Gerak Malaysia’ boleh buat permohonan secara manual dengan memuat turun borang itu.


MUAT TURUN BORANG KENENARAN RENTAS NEGERI


Contoh borang  rentas negeri yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk urusan rentas/keluar negeri bagi tujuan kecemasan yang wajar dipertimbangkan. Muat turun borang rentas negeri  disini.


CARA PERMOHONAN RENTAS NEGERI SECARA MANUAL DENGAN MENGGUNAKAN BORANG
1.Muat turun borang  rentas negeri
2.Cetak borang dan lengkapkan
3.Buat temu janji dengan balai berdekatan untuk elakkan kesesakan.
4.Kelulusan akan diberi pada hari sama borang itu diserahkan



PANDUAN KEPADA PERMOHONAN RENTAS NEGERI SECARA ONLINE DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI GERAK MALAYSIA
  • Orang ramai yang membuat pendaftaran menerusi aplikasi berkenaan perlu memberi kebenaran kepada polis untuk memantau lokasi mereka sepanjang perjalanan itu. Selain itu, orang ramai perlu segera mengemas kini aplikasi Gerak Malaysia kepada versi 2.0.
  • Ketika isi permohonan itu, pemohon dikehendaki menyatakan persetujuan sama ada mereka bersetuju berkongsi lokasi semasa semasa perjalanan. Ia sekali gus memudahkan pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan melakukan pengesanan kontak rapat berdasarkan butiran berkenaan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dikesan berlaku sepanjang perjalanan terbabit.
  • Menerusi aplikasi Gerak Malaysia, individu terbabit perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama, nombor MyKad, alamat, nombor telefon dan alamat emel selepas memuat turun aplikasi terbabit.
  • Mereka juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi itu untuk mengakses sistem pengesanan lokasi (GPS) bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon, seterusnya membolehkan pergerakan diluluskan.
  • Aplikasi Gerak Malaysia dapat membantu polis mengenal pasti jumlah individu yang bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi kelancaran operasi.
  • Sehubungan itu, pemohon perlu mengemas kini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas, supaya kod QR dapat dijana secara automatik.


Kredit : Kekandamemey.com