Semakan Online
Permohonan Rayuan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 31 Mei ini
Image via Google
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan tersebut, maka pemohon yang gagal boleh membuat permohonan bermula 11 Mei, Isnin. Beliau bagaimanapun tidak berjanji semua permohonan diluluskan tetapi jika ia memenuhi syarat dan munasabah ia boleh diluluskan..
"Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa, 12 Mei 2020.
"Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah insyaAllah boleh diluluskan." katanya.

Beliau berkata lanjutan tempoh rayuan itu mengambil kira rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini
Katanya, antara sebab permohonan tersebut tidak diluluskan adalah kerana maklumat yang diisi tidak lengkap.
"Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.
"Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi ketegori bujang ditolak," katanya.