Semakan Online
Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV Percuma
Tahukah anda sebagai penerima BSH 2020 anda layak untuk menerima set dekoder MYTV percuma.
Semakan boleh dibuat di portal rasmi MYTV Broadcasting di sini.
Melalui dekoder ini, anda boleh menonton siaran digital myFreeview yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.
Pemberian dekoder MYTV bernilai RM300 secara percuma ini melibatkan 2 juta penerima BSH terutama mereka yang tinggal di kawasan yang sukar mendapat siaran analog.
Sekiranya anda layak, pihak MYTV akan menghantar set dekoder ini terus ke rumah anda.
Sebaik menerima Set Dekoder Percuma, anda boleh memasang dan mengaktifkannya untuk menerima Siaran Digital myFreeview dengan PERCUMA.
300 RIBU DEKODER TAMBAHAN UNTUK B40 & OKU
Terbaru Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan penambahan sebanyak 300 ribu set dekoder MyFreeview untuk golongan B40 dan OKU.
Pengagihan telah bermula pada 15 Feb di Kuching, Sarawak. Selepas pengagihan di Kota Kinabalu, @SKMM_MCMC akan meneruskan pengagihan ini di Miri (26-28 Feb), Bintulu (1-2 Mac) dan Sibu (7-8 Mac).
CARA SEMAK NAMA PENERIMA DEKODER MYFREVIEW
CARA SEMAK NAMA PENERIMA DEKODER MYFREVIEW
MYTV PERCUMA. Aplikasi Semakan Online dan SMS. Buat semakan nama penerima dekoder MYTV sekarang. PERHATIAN.
Semakan nama penerima boleh dibuat sekarang kerana dekoder MYTV sudah mula diedarkan kepada penerima sebelum ia mula beroperasi pada tahun 2018.
Penerima dekoder MYTV secara percuma akan dipilih dari kalangan penerima BR1M 2016. MAKA semua rakyat Malaysia yang layak menerima BR1M 2016 boleh membuat semakan segera dengan cara online atau SMS
Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV | ||
---|---|---|
Aplikasi Semakan Online | Semakan Online Nama Penerima Dekoder MYTV | |
Semakan SMS | Taip MYTV Dekoder<jarak><NoKP><jarak>hantar ke 15888 |
Set Dekoder MYTV akan di hantar ke alamat penerima yang terpilih melalui perkhidmatan Pos Laju. Senarai penerima adalah muktamad.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh menghubungi ke talian ini 1 300 80 6988 Kaunter Khidmat Pelanggan.
Sekiranya set Dekoder MYTV belum sampai, sila segera menghubungi 1-300-80-6988 Kaunter Khidmat Pelanggan.
Saluran Yang Ditawarkan
- TV1
- TV2
- TV3
- TV7
- TV9
- 8TV
- TV ALHIJRAH
- TVi
PENTING. Kerajaan sedang melaksanakan peralihan ke set dekoder (DTT) daripada siaran TV analog. Siaran TV analog akan sepenuhnya ditutup bermula tahun 2018. Pengguna yang masih memasang siaran TV analog tidak akan mendapat sebarang siaran sebaik dekoder MYTV berfungsi sepenuhnya seluruh negara.